Jika anda rasa saya tiada identitas dalam menulis, sila baling telur.
ok ni sumpah bosan nak meneruskan saki baki hidup di Mansurah, dengan selekeh, kurang kasih sayang, tak berduit. memang busuk hidup macam ni. tapi busuk tak apa selagi kebergantungan pada Allah ada. tapi ayat pun dah busuk macam mana ini donggg.
okey pernah tak, ee tak best nye soalan penah tak penah tak ni. rasa macam nak tampar diri sendiri. penah tak menyesal tak buat itu, menyesal tak buat macam ni. okey banyaaaaak, banyak gila aku menyesal sampai tak larat nak menyesali dah penyesalan itu. hahau geli.
aku menyesal lah kenapa aku pilih nak belajar jauh jauh dan tak reti nak sukat kemampuan diri. sebab dulu aku yakin sungguh kalau buat apa apa pun study last minute macam mana pun tak reti lah nak stress macam sekarang. dulu tak reti nak pekin guna duit ni sebab tahu mama abah ada dalam satu negara jugak so macam mana merempat pun masa dulu, tak apa tak tunggu superman datang selamatkan pun, family mpv datang selamat.
okeh sekarang sapa nak datang selamat kan cakap, zana dengan farah pun nak selamatkan diri diorang jugak tapi at least tak menyesal macam aku sekarang. haha. kalau tinggal lagi setahun ke, takdenye nak cakap macam ni. ni sebab half dari 6 tahun pun tak sampai ya Allah rasa jauhnya perjalanan. HAHA, ok nak haha lagi, inilah ciri ciri orang yang cepat semput T__T
ohh kenapalah tak buat tesl dapat pergi UK do, dapat cari winter coat H&M murah sikit ke (murah ke entah), dapat main salji. dapat main saljiiiiii ergh, itu bukanlah matlamat kita. cuba bayang aku belajar tempat hebat ada salji tapi nanti naik sampan nak pergi mengajar. ironi betul. dahlah dengan ketinggian 150 sentimeter oh memang jadi bahan lah dengan student.
takpa takpa, aku dah tak berminat dengan tesl. bye, kirim salam.
kalau sambung microb dekat USM pun nanti grad nak apply kerja apa do. dahla bukan microb saja semua biologi haiwan tumbuhan ambik, memang dok khatam kingdom kingdom plantae animalia semua woh lepas tu apply kerja dekat kmpp, gila tak berkembang.
haih kalau lah muka ni segak, poket penuh, otak pun hebat. memang diam ah kalau ada 3 ciri tu. sumpah tak merungut! sumpah jadi padang jarak padang tekukur kalau anak cucu cicit yang merungut. tak redha I nyah.
aku dah berjaya buat orang buang masa baca ni, thanks. thanks for the add haha ingat mespes ape annoying akuuuu eh. oh lupa, tawaran baling telur tamat sekarang. bye.